Search

[Bagaimana Untuk Bersyukur, Menjauhi Hasad Dengki ...

  • Share this:

[Bagaimana Untuk Bersyukur, Menjauhi Hasad Dengki & Mengurangkan Kerisauan Hati Kerana Mengejar Harta Duniawi]

Daripada ‘Amar bin Shu’ayb daripada datuknya ‘Abdullah bin ‘Amar katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

“Dua perkara sesiapa yang memilikinya Allah s.w.t. menulisnya sebagai orang yang BERSYUKUR dan orang yang BERSABAR. Sesiapa yang tidak memilikinya Allah tidak akan menulisnya sebagai orang yang bersyukur dan orang yang bersabar. Orang yang melihat dalam URUSAN AGAMANYA kepada orang yang LEBIH TINGGI daripadanya lalu dia MENGIKUTINYA dan sesiapa yang melihat kepada orang yang lebih RENDAH daripadanya lalu dia MEMUJI ALLAH kerana LIMPAHAN Allah s.w.t. untuknya maka Allah menulisnya sebagai orang yang bersyukur lagi sabar. (Sebaliknya) sesiapa yang melihat dalam urusan AGAMANYA kepada orang yang LEBIH RENDAH daripadanya dan melihat dalam URUSAN DUNIANYA kepada orang yang LEBIH TINGGI daripadanya lalu dia BERDUKACITA kerana tidak MEMPEROLEHINYA maka Allah s.w.t. tidak akan menulisnya sebagai orang yang bersyukur dan bersabar."
[al-Tirmizi, no: 2512]

Mufti Taqi Uthmani menjelaskan bahawa tidak ada jalan untuk memperolehi kerehatan di dunia melainkan dengan sifat qana’ah (merasa cukup & bersederhana), dan tidak akan tercapai qana’ah melainkan dengan mengurang hirs (kesungguhan dan ketamakan mencari dunia). Dan tidak akan kurang hirs itu melainkan dengan beramal dengan hadis ini. Sesiapa yang mula memandang kepada orang yang diberikan kelebihan rezki maka bertambah keinginan atau kerunsingannya, maka akan banyak kedengkian dan makin sedikit bershukur, adapun orang yang memandang kepada orang yang kurang daripadanya dari segi harta maka dia akan lebih banyak bersyukur, bertambah kelapangan hatinya dan merasa cukup dengan pemberian Allah s.w.t kepadanya.
[Takmilah Fath al-Mulhim, juz. 6, hal. 225]

{[:-)=


Tags:

About author
not provided
"And those who strive in Our (cause),- We will certainly guide them to our Paths: For verily Allah i
View all posts